Apa Punca Berlakunya Keputihan Yang Luarbiasa?

Apa Punca Berlakunya Keputihan Yang Luarbiasa?

Apa jua perubahan pada keseimbangan bakteria normal pada vagina akan mempengaruhi bau, warna atau tekstur keputihan. Perkara-perkara berikut boleh mengubah keseimbangan tersebut :-


  • Penggunaan steroid atau antibiotik
  • Bakteria vaginosis, jangkitan bakteria yang biasa pada wanita mengandung atau wanita yang mempunyai ramai pasangan hubungan kelamin.
  • Pil perancang
  • Kanser serviks
  • Chlamydia atau gonorrhea (STDs), jangkitan kelamin
  • Diabetes
  • Sabun wangi, losyen atau mandian berbuih
  • Jangkitan tulang punggung selepas pembedahan
  • Penyakit radang tulang punggung
  • Trichomoniasis, jangkitan parasit disebabkan hubungan kelamin yang tidak selamat.
  • Atrofi Vagina, penipisan dan kekeringan dinding vagina semasa menopause.
  • Vaginitis, rasa gatal-gatal disekitar vagina.
  • Jangkitan kulat.

PETUA HILANGKAN KEPUTIHAN DENGAN SIREH

JENIS SIREH
Ada beberapa jenis sireh yang dikenal di dalam masyarakat. Misalnya, sireh jawa (daun lebih lembut, kurang tajam, hijau rumput), sirih belanda (daun besar, hijau tuam rasa dan bau tajam dan pedas), sireh cengkeh (kecil, daun kuning, rasa seperti cengkeh), sireh kuning, dan sireh hitam. Sireh sangat kaya dengan kandungan zat berkhasiat. Di antaranya, minyak



KHASIAT DAUN SIREH

1- MEMBANTU MASALAH RESDUNG
Sedut air rebusan sireh perlahan-lahan beberapa kali dan amalkan setiap hari.

2- PENCUCI DAN PENYEGAR MUKA
Basuh atau cuci muka dengan air rebusan daun sirih pada setiap pagi. Ia juga boleh membantu mengurangkan jerawat.
3- MENCEGAH BAU KETIAK
Rendam 2-3 helai daun sireh dalam setengah gelas air panas. Masukkan 1 sudu teh gula dan biarkan suam-suam kuku. Asingkan daun s0ireh kemudian diminum. Amalkan 2-3 kali seminggu.

4- MENYEGARKAN DAN MENCEGAH BAU BADAN
Rebus daun sireh secukupnya untuk dibuat mandian.
5- UBAT BISUL DAN BENGKAK
Ambil beberapa helai daun sirih, sedikit gambir dan kapur. Tumbuk sehingga lumat dengan sedikit air. Kemudian sapukan di sekeliling bisul tersebut. Biarkan sehari semalam. Ulang sehingga pulih.
6- MEMBANTU MASALAH WANITA
 Ambil daun sirih secukupnya dan direbus bersama garam kasar dan buah manjakani. Gunakan air rebusan daun sirih yang masih suam untuk dibuat cebok atau membersihkan alat sulit.
7- HIDUNG BERDARAH
Ambil sehelai daun sirih, diramas sehingga lembut kemudian sumbatkan ke dalam lubang hidung. Dongakkan sedikit kepala dan bernafas seperti biasa. Selang beberapa minit pendarahan akan berhenti.

8- MASALAH GUSI DAN BAU MULUT
Kunyah daun sirih sehingga lumat dan berkumur-kumur sehingga bersih dari sisa-sisa sireh. Lakukan sekurang-kurangnya 3 kali sehari.

9- MASALAH BATUK
Minum setengah cawan air rebusan sireh setiap malam sehingga Masalah BATUK berkurangan.


Berikut Manfaat Daun Sirih Untuk Wanita.
1. Mengatasi bau tak sedap pada organ intim
Bahan-bahan :
10 daun sirih
2 gelas air bersih
Cara membuat ramuan :
Cuci bersih daun sirih besar yang warnanya kekuningan (sudah tua).
Rebus bersama 2 gelas air, biarkan hingga 1 gelas saja.
Angkat dan diamkan hingga hangat.
Minum air rebusan daun sirih tadi agar organ intim menjadi harum.